The Government of Brunei Darussalam


Bahagian Tawaran

Ahli-Ahli Lembaga Tawaran Negara terdiri daripada :

Pengerusi - Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan
Ahli           - Jurukira Agung atau Timbalan Jurukira Agung
                - Ketua Pengarah Perancangan dan Kemajuan Ekonomi atau
                  Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Kemajuan Ekonomi
                - Ketua Pengarah Kerja Raya atau Timbalan Ketua Pengarah
                  Kerja Raya
                - Pengarah Perkhidmatan Elektrik atau Timbalan Pengarah
                  Perkhidmatan Elektrik             

Bahagian Tawaran diketuai oleh Setiausaha Lembaga Tawaran Negara yang melapor terus kepada Pengerusi Lembaga Tawaran Negara. Bahagian Tawaran pada masa ini mempunyai 12 orang pegawai dan kakitangan.

Mesyuarat Lembaga Tawaran Negara diadakan setiap hari Isnin jam 1.45 petang dan penerimaan tawaran akan ditutup pada hari yang sama jam 2.00 petang kecuali jika hari itu jatuh pada hari kelepasan awam dimana mesyuarat akan diadakan pada hari bekerja berikutnya jam 9.00 pagi dan penerimaan tawaran akan ditutup pada hari Isnin minggu berikutnya jam 2.00 petang.

MATLAMAT

 Memastikan bahawa setiap pegawai yang bertanggungjawb terhadap urusan-urusan tawaran peka terhadap peraturan tawaran yang ditetapkan oleh Lembaga Tawaran Negara dari masa ke semasa, selaras dengan peraturan-peraturan kewangan, bagi menjaga kepentingan kerajaan dan untuk menghasilkan proses tawaran yang saksama, jujur, berekonomi dan efisien.

FUNGSI

  1. Membuka dan memeriksa tawaran;
  2. Membuat sokongan kepada Menteri Kewangan;
  3. Mengemaskini prosedur tawaran;
  4. Meneliti dan mengkaji secara berterusan prosedur tawaran mengikut perkembangan semasa;
  5. Memantau dan mengawalselia proses tawaran.

 Dua badan yang bertanggungjawab terhadap pengendalian proses tawaran iaitu:

  •  LEMBAGA TAWARAN NEGARA, Kementerian Kewangan bagi projek/perkhidmatan/pembelian yang bernilai melebihi jumlah $250,000.00
     

  • LEMBAGA TAWARAN KECIL Kementerian/Jabatan bagi projek /perkhidmatan/pembelian yang bernilai $150,000.00 dan kebawah.
     

JENIS-JENIS TAWARAN

  • Tawaran Terbuka
    Pelawaan tawaran yang diiklankan dan disebarkan secara meluas bagi mendapatkan harga yang kompetitif dan berpatutan bagi tujuan penjimatan kepada Kerajaan.
     
  • Tawaran Jemputan
    Pelawaan tawaran yang dibuat secara terbuka dengan juga menjemput syarikat yang dikenalpasti dapat memberikan perkhidmatan / pembekalan yang diperlukan dimana Ketua Jabatan memohon kebenaran LTN terlebih dahulu dengan menyenaraikan syarikat-syarikat berkenaan.
     
  • Tawaran Pilihan
    Perlawaan tawaran yang dibuat biasanya khusus untuk perkhidmatan/pembekalan yang specialised in nature dimana syarikat-syarikat yang dikenalpasti dapat memberikan perkhidmatan /pembekalan yang dimaksudkan. Ketua Jabatan akan memohon kebenaran LTN terlebih dahulu dengan menyenaraikan syarikat-syarikat berkenaan.
     
  • Pengecualian daripada Peraturan Tawaran Biasa
    Pembekalan atau perkhidmatan yang diperlukan dengan segera dan tidak dibuat secara tawaran terbuka.
     
  • Sebutharga
    Pembelian/perkhidmatan/kontrak yang bernilai diantara $2,000 sehingga $25,000, ketua-ketua Jabatan mestilah mendapatkan sekurang-kurangnya 3 pembekal yang bersesuaian.
     

PROSES PENELITIAN / SOKONGAN TAWARAN LEMBAGA TAWARAN NEGARA (LTN) DAN LEMBAGA TAWARAN KECIL (LTK)

PROSEDUR TAWARAN YANG BERKUATKUASA PADA MASA INI ADALAH BERDASARKAN SURAT KELILING KEMENTERIAN KEWANGAN BILANGAN 3/2004 BERTARIKH 26 OKTOBER 2004

 Antaralain isi kandungan surat keliling berkenaan:
 
  • Semua Kementerian diberi kuasa untuk menubuhkan Lembaga Tawaran Kecil masing-masing. Walaubagaimanapun semua hal ehwal tawaran Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Kewangan dan lain-lain pihak yang tidak termasuk di bawah kuasa Lembaga Tawaran Kecil Kementerian-Kementerian lain akan dikendalikan oleh Lembaga Tawaran Negara.
     
  • Setiap tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan melantik ahli-ahli Lembaga Tawaran Negara dan Lembaga Tawaran Kecil seperti berikut:
     
    • Tidak melebihi 5 orang ahli bagi Lembaga Tawaran Negara termasuk Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan sebagai Pengerusi;
    • Tidak melebihi 5 orang ahli Lembaga Tawaran Kecil termasuk Setiausaha Tetap Kementerian masing-masing sebagai Pengerusi, seorang Ketua Jabatan di dalam Kementerian tersebut dan seorang ahli mewakili Kementerian Kewangan.

       
  • Pengerusi dan ahli Lembaga Tawaran Negara dan Lembaga Tawaran Kecil adalah diberi kuasa untuk menginitial semua dokumen tawaran semasa membuka tawaran.
     
  • Bidang kuasa Lembaga Tawaran Kecil adalah tertakluk kepada Peraturan Kewangan 327 hingga 340 yang mana antaralain ialah untuk menerima dan membuka semua tawaran Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian masing-masing.
     
  • Setelah membuka dan merekod semua dokumen tawaran yang diterima, Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Kementerian hendaklah menghadapkan semua dokumen tawaran ke Jabatan-Jabatan berkenaan dengan segera bagi penilian dan sokongan.
     
  • Mana-mana tawaran yang bernilai $250,000.00 dan kebawah, Lembaga Tawaran Kecil akan menimbangkan sokongan Ketua-Ketua Jabatan dan seterusnya menghadapkan sokongan kepada Menteri masing-masing bagi diluluskan sendiri oleh Menteri-Menteri berkenaan. Bagi tawaran yang bernilai melebihi $250,000.00, Ketua-Ketua Jabatan akan terus menghadapkan sokongan ke Pengerusi Lembaga Tawaran Negara di Kementerian Kewangan untuk pertimbangan selanjutnya.
     
  • Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil hendaklah menghadapkan salinan minit Mesyuarat Lembaga Tawaran Kecil yang telah disahkan kepada Pengerusi Lembaga Tawaran Negara tidak lewat 2 minggu setelah ianya diluluskan oleh Menteri masing-masing dengan memberikan salinan kepada Jurukira Agung dan Juruaudit Agung.
     
  • Dalam menimbangkan sokongan-sokongan tawaran daripada Jabatan-Jabatan, Lembaga Tawaran Kecil hendaklah terlebih dahulu memastikan perkara-perkara berikut:
     
    • Business Unit, Department ID, Akaun dan Jumlah Peruntukan yang akan digunakan adalah betul, bersesuaian dan mencukupi bagi membiayai tawaran yang disokong;
    • Variation Order bagi kerja-kerja yang telah ditawarkan atau sedang dilaksanakan yang menjadikan harga projek meningkat melebihi $250,000.00 hendaklah dihadapkan ke Lembaga Tawaran Negara untuk pertimbangan;
    • Bagi projek-projek yang menggunakan peruntukan Rancangan Kemajuan Negara hendaklah mendapat pengesahan dan kebenaran dari Ketua Pengarah Perancangan dan Kemajuan Ekonomi terlebih dahulu;
    • Pengesahan Ketua Jabatan bahawa harga tawaran yang disokong adalah berpatutan hendaklah disertakan dalam setiap sokongan daripada Jabatan-Jabatan;
    • Setiap tawaran tender yang hendak disokong, hendaklah mengambilkira dan menyatakan harga tawaran termasuk cukai-cukai kastam;
    • Meneliti salinan pendaftaran perniagaan bagi kesemua penender yang ikut serta yang menyenaraikan butir-butir pemilik syarikat berkenaan seperti nama bilangan pendaftaran dan negeri asal kad pengenalan atau paspot pemilik;
    • Pengakuan bertulis (declaration)daripada kesemua syarikat yang menyertai setiap tawaran bahawa mereka tidak mempunyai kepentingan atau pertalian keluarga dalam syarikat-syarikat lain yang menyertai tawaran yang sama;
    • Mana-mana ahli yang mempunyai kepentingan atau pertalian keluarga dalam syarikat-syarikat yang menyertai tawaran hendaklah memaklumkan perkara ini kepada Pengerusi untuk dicatat dalam minit Mesyuarat.
       
  • Mesyuarat Lembaga Tawaran Negara diadakan tiap-tiap Hari Isnin jam 8.30 pagi dan 1.45 petang dan semua penerimaan tawaran dibawah bidang kuasa Lembaga Tawaran Negara akan ditutup pada hari yang sama jam 2.00 petang, kecuali jika hari itu jatuh pada hari kelepasan awam dimana mesyuarat akan diadakan pada hari bekerja berikutnya jam 8.30 pagi dan penerimaan tawaran akan ditutup pada hari Isnin minggu berikutnya jam 2.00 petang.
     
  • Mesyuarat Lembaga Tawaran Kecil diadakan tiap-tiap Hari Selasa jam 8.30 pagi dan 1.45 petang dan semua penerimaan tawaran dibawah bidang kuasa Lembaga Tawaran Kecil akan ditutup pada hari yang sama jam 2.00 petang, kecuali jika hari itu jatuh pada hari kelepasan awam dimana mesyuarat akan diadakan pada hari bekerja berikutnya jam 8.30 pagi dan penerimaan tawaran akan ditutup pada hari Selasa minggu berikutnya jam 2.00 petang.
     
  • Korum mesyuarat Lembaga Tawaran Negara dan Lembaga Tawaran Kecil ialah 3 orang ahli. Salah seorang ahli Lembaga boleh menjadi Pemangku Pengerusi jika Pengerusi Lembaga berkenaan tidak hadir dalam mesyuarat tersebut kerana bercuti, bertugas di luar negara atau kerana sebab-sebab tertentu sahaja.
     
  • Semua iklan tawaran mestilah disebarkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tawaran diterima oleh Lembaga Tawran Negara dan Lembaga Tawaran Kecil Kementerian-Kementerian.
     
  • Penilaian tawaran oleh Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan berkenaan hendaklah dibuat tidak melebihi dari tempoh 2 bulan dari tarikh dokumen tawaran diterima daripada Lembaga Tawaran Negara atau Lemabag Tawaran Kecil. Seterusnya pemberian tender mestilah diusahakan tidak lebih 3 bulan daripada tarikh tutup tawaran yang berkenaan. 1% daripada bayaran konsultan akan dipotong tiap-tiap hari jika konsultan berkenaan menghantar penilian mereka lebih daripada 35 hari dari tarikh penerimaan dokumen tender Jabatan-Jabatan.
     
  • Proses tawaran mengikut Surat Keliling ini ialah seperti rajah di atas. Pengerusi Lembaga Tawaran Negara Kementerian Kewangan akan terus memaklumkan kebenaran tender melebihi $250,000.00 secara bertulis kepada Ketua-Ketua Jabatan dengan memberikan salinannya kepada Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil berkenaan.
     
  • Bagi memudahkan penyemakkan pembayaran oleh Jabatan Perbendaharaan, Ketua-Ketua Jabatan hendaklah menyertakan salinan bergambar surat-surat kebenaran Lembaga Tawaran Negara atau Lembaga Tawaran Kecil berserta dengan baucer pembayaran dan pihak Jabatan Perbendaharaan akan mengembalikan baucer pembayaran jika surat kebenaran tersebut tidak disertakan.
     
Semua tawaran melebihi $25,000.00 hendaklah dibuat secara terbuka. Tawaran jemputan, tawaran pilihan dan pengecualian daripada prosedur tender hanya boleh dipertimbangkan oleh Lembaga Tawaran Kecil (tawaran bernilai $250,000.00 dan ke bawah) dan Lembaga Tawaran Negara (tawaran melebihi $250,000.00) jika barangan atau pembelian berkenaan dikehendaki segera. Mana-mana tawaran jemputan, tawaran pilihan dan pengecualian daripada prosedur tawaran yang diluluskan oleh Lembaga Tawaran Kecil hendaklah dimaklumkan kepada Pengerusi Lembaga Tawaran Negara secara bertulis tidak melebihi 1 bulan setelah ianya diluluskan dengan memberikan alasan yang lengkap mengenai keputusan Lembaga Tawaran Kecil tersebut.

Bagi melaksanakan Peraturan Kewangan bilangan 327, jumlah pembelian atau kontrak tanpa proses tawaran yang boleh dibuat oleh Ketua-Ketua Jabatan termasuk Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian ialah $25,000.00. Walaubagaimanapun jika kos pembelian atau kontrak itu dijangka bernilai lebih daripada $25,000.00, Ketua-Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan sebutharga bertulis sekurang-kurangnya 3 penender yang layak dan sebutharga hendaklah dialamatkan kepada peti sebutharga Jabatan masing-masing untuk dibuka dan dipertimbangkan oleh Ketua-Ketua Jabatan.

Prosedur tawaran dan sebutharga di atas telah diubahsuai adalah semata-mata untuk mempercepatkan dan mengukuhkan lagi proses tawaran dan memberikan tanggungjawab secara langsung kepada Kementerian masing-masing dalam usaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan yang diberikan keada orang ramai. Adalah diharapkan fleksibiliti prosedur tawaran dan sebutharga di atas dapat digunakan dengan teliti, penuh amanah dan jujur. Tindakan tatatertib dan undang-undang akan diambil jika pegawai-pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam proses tawaran dan sebutharga tidak menurut prosedur Surat Keliling ini atau Peraturan Kewangan dna Perlembagaan Negara Brunei Dasrussalam.

Surat Keliling ini akan berkuat kuasa mulai 1 November 2004 dan seterusnya membatalkan Surat Keliling Kementerian Kewangan bilangan 1/2001 bertarikh 31 Mac 2001 dan lain-lain Surat Keliling yang berkenaan dengan prosedur tender dan sebutharga yang telah dikeluarkan terdahulu daripada Surat Keliling ini. Prosedur tawaran dan sebutharga yang baru ini akan dikaji dari masa ke semasa bagi memastikan keberkesanannya.
 

ALAMAT PENUH LEMBAGA TAWARAN NEGARA


Semua persuratan hendaklah dihadapkan ke alamat seperti berikut:

Yang Mulia
Pengerusi
Lembaga Tawaran Negara
Aras 16, Lembaga Tawaran Negara
Bangunan Kementerian Kewangan
Commonwealth Drive
Bandar Seri Begawan BB3910
Negara Brunei Darussalam

No. Telefon    :  +6732383861 atau
                         +6732383870
No. fax           :  +6732383867


||
Latar Balakang | Struktur Organisasi | Bahagian-Bahagian | Jabatan-Jabatan | Maklumbalas ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts ||