The Government of Brunei Darussalam


Bahagian Hasil dan Organisasi Antarabangsa

Pengenalan

Bahagian Hasil ialah satu bahagian di bawah Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Pemungut Cukai Pendapatan yang mana sekarang dijawat oleh Yang Mulia Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan dan dibantu oleh Ketua Bahagian Hasil. Manakala Bahagian Organisasi Antarabangsa diketuai oleh Pengarah Tugas-Tugas Khas dan dibahagikan kepada penyelarasan organisasi antarabangsa dan penyelarasan hal ehwal kastam. Jumlah pegawai dan kakitangan bahagian ini ialah seramai 26 orang.

Misi

Mentadbir sistem percukaian dengan berkesan dan saksama serta mengharumkan nama negara di fora kewangan antarabangsa.

Tugas dan Tanggungjawab

    Tugas dan tanggungjawab dalam pentadbiran pemungutan hasil ialah

  • Membantu merangka Dasar dan Perancangan hal ehwal Organisasi Antarabangsa dan Hasil

    • Mengkaji semula Akta Cukai Pendapatan bagi:

      • Mewujudkan sistem moden;
      • Mengadakan peraturan-peraturan yang jelas dan terang;
      • Mengurangkan pengelakan cukai pendapatan.

    • Memperluaskan bidang-bidang bersangkutpaut;

      • Menambahkan syarikat sendirian berhad;
      • Menilai cukai-cukai lain.

    • Memperluaskan penggunaan komputer dalam pemungutan hasil;

    • Mendukong Sistem Kewangan yang kukuh dan dinamik mengikut amalan antarabangsa

  • Mentadbir Akta Cukai Pendapatan Bab 35, Akta Cukai Pendapatan (Petroleum) Bab 119 dan Akta Setem Bab 34 dan juga termasuk penilaian permohonan lesen juru Odit di bawah Akta Syarikat-Syarikat Bab 39.

    • Kadar cukai yang dikenakan kepada syarikat-syarikat ialah

      • 30% bagi syarikat biasa;
      • 55% bagi syarikat yang mengeluarkan minyak dan gas;
      • 20% cukai bertangguh bagi bunga dan faedah yang dibayar bagi pinjaman-pinjaman luar negeri.

    • Cukai Setem dikenakan kepada dokumen-dokumen perniagaan seperti gadai, perjanjian sewa, pindah milik dan lain-lain. Kadar cukai ini disertakan di dalam Jadual Pertama Akta Setem dan tertakluk kepada jenis-jenis dokumen seperti berikut:

      • Gadai: tiap-tiap nilai gadaian $500 dikenakan bayaran $1.00;
      • Pindah milik harta: tiap-tiap $250 nilai harta yang dipindahmilik dikenakan bayaran $1.00;
      • Perjanjian sewa: 1 tahun ke bawah tiap-tiap $250 jumlah sewa satu tahun dikenakan bayaran $1.00.

    • Mengeluarkan lesen juruodit yang dibenarkan mengodit di Negara Brunei Darussalam

      • Jumlah firma odit yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam ialah 12 buah;
      • Yuran tahunan ialah $500.

  • Mengadakan perundingan dengan negara-negara Asing berhubung dengan Perjanjian Cukai Berganda dan Perjanjian Pelaburan Dua Hala

    • Prinsip-prinsip Perjanjian Cukai Berganda

      • Menggalakan pelaburan & perdagangan di kedua negara yang terlibat;
      • Mengurangkan jumlah pembayaran cukai syarikat apabila beroperasi di 2 buah negara;
      • Membolehkan institusi kerajaan berurusan di negara lain tanpa dicukai;
      • Membolehkan pertukaran maklumat percukaian.

    • Status Perjanjian Cukai Berganda

      • Sudah ditandatangani - UK (1950)
      • Selesai berunding - Indonesia (1996)
      • Sedang berunding - Singapura (1997), Malaysia (1997), Thailand (1998), Germany (1998), Vietnam (1998), dan China (1998).
      • Dalam proses hendak berunding- Australia, France, Japan, South Africa, Philippines, Mauritius.

    • Prinsip-Prinsip Perjanjian Pelaburan Dua Hala

    • Melindungi pelaburan Negara Brunei Darussalam daripada dirampas atau dinationalize di negara-negara yang ada perjanjian ini;
    • Menggalakan pelaburan dan perdagangan antara kedua negara;
    • Mempastikan pemulangan pelaburan dan pendapatan ke Negara Brunei Darussalam;
    • Mempastikan cara-cara mengatasi pertikaian pelaburan.

    • Status Perjanjian Pelaburan Dua Hala

      • Sudah ditandatangani - Negara-negara ASEAN asal (ASEAN BIT) (1987), Germany (1998).
      • Selesai berunding - Oman (1997)
      • Sedang berunding - China (1997), France (1998), Iran (1998)
      • Dalam proses hendak berunding - UK, Australia, Belgium, Morocco. South Korea, South Africa, Uruguay, Sudan.

    Tugas dan tanggungjawab dalam penyelarasan organisasi antarabangsa dan kastam ialah:

  • Menyelaras hal ehwal Akta Kastam Bab 36, bersama Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Brunei.

    • Pengecualian cukai import ñ diplomatik;
    • Pembayaran balik sebahagian cukai import teksi dan Kerita Sewa (KSPS dan R),
    • Struktur ëtariff nomenclatureí;
    • Penyertaan pegawai-pegawai Kastam dalam mesyuarat-mesyuarat ASEAN dan antarabangsa.

  • Menyelaras penyertaan Negara Brunei Darussalam sebagai ahli dalam Organisasi Antarabangsa (IMF, World Bank, ASEAN, Commonwealth, OIC, IDB, APEC, ASEM, ESCAP, UNDP dan WCO).

|| Latar Balakang | Struktur Organisasi | Bahagian-Bahagian | Jabatan-Jabatan | Maklumbalas ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts ||